Hari demi hari kita sering mendengar dan melihat paparan di dada akhbar mahupun di kaca TV, gejala sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan. Kes-kes seperti pembuangan dan pembakaran bayi hidup hidup , kes rogol, bunuh membunuh ,bersekedudukan belum nikah, kes 'haruan makan anak',menagih dadah,minum arak dan sebagainya menjadi tajuk utama akhbar beberapa hari yang lalu.
Apakah masyarakat Islam khususnya di Malaysia ingin memartabatkan kembali masyarakat 'Jahiliyah Moden' seperti masyarakat Jahiliyah 1500 tahun dahulu? Ciri-ciri seperti membuang dan membunuh anak, pelacur,membunuh, rendahnya moral dan sewaktu dengannya boleh dilihat dan diperhatikan sama seperti zaman Jahiliyah dahulu.
Firman Allah Taala bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ..." (al-Ahzab: 33)
Gejala anak luar nikah contohnya yang kita dengar sekarang ini semakin teruk dan membimbangkan. Bukan di negara kita sahaja masalah ini berlaku, malah di seluruh dunia gejala ini merebak. Misalnya, 1/3 kelahiran bayi setiap tahun di Amerika Syarikat adalah anak luar nikah.
FirmanNya bermaksud: "Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun." (al-Anfaal: 22)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Ada tiga faktor yang membinasakan manusia iaitu mengikuti hawa nafsu, kikir yang melampaui batas dan mengkagumi diri sendiri." (HR Tirmizi)
Seharusnya umat Islam bersatu padu memerangi gejala ini sebelum meruncing dan sukar untuk dibanteras. Badan-badan bukan kerajaan, pihak-pihak tertentu dan orang perseorangan harus tampil dan saling membantu. Rasa malu dan kekuatan iman yang kuat boleh menjadi pendinding kepada nafsu.
Firman Allah Taala bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)
Sabda Nabi s.a.w: "Rasa malu dan iman itu sebenarnya berpadu menjadi satu bilamana lenyap salah satunya hilang pulalah yang lain." (Hadis Qudsi) . Mudah mudahan cetusan ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan