Isnin, 29 Mac 2010

Menutup Rambut bagi wanita

MENUTUP RAMBUT BAGI WANITA
Dr. Yusuf Al-Qardhawi


PERTANYAAN

Ada sebagian orang mengatakan bahwa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?

JAWAB

Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka dihadapan orang yang bukan muhrimnya.

Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..." (Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama, baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan
ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. Telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."

Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."

Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."





Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan erti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."


Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."

Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau
mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu
dada dan lainnya."

Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata,

"Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka. Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai
kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya."

Sabtu, 27 Mac 2010

Tujuh ciri mukmin yang beruntung

Quran gariskan tujuh ciri mukmin beruntung

MENGIKUT Islam manusia akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amal yang dilakukannya, baik perkara kecil atau besar mahupun yang tergolong dalam perbuatan atau sesuatu yang baik atau buruk.
Firman Allah bermaksud: “Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya).” – (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)
Ayat itu mengandungi pengertian bahawa manusia tidak akan terlepas daripada dua jenis perbuatan iaitu baik dan buruk.
Namun demikian, manusia yang teguh imannya tentu berupaya dan berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik dan berusaha menjauhi perbuatan buruk.
Mereka yang lebih banyak mengerjakan amal soleh tentu imannya lebih teguh berbanding mereka yang banyak melakukan kejahatan.
Untuk mencapai tahap mukmin sejati lagi berjaya, bukanlah mudah. Ini kerana yang bergelar mukmin itu, tidak cukup sekadar percaya kepada Allah atau sekadar mengucapkan dengan lisan: “Aku percaya pada Tuhan.” Sebaliknya orang yang benar-benar beriman harus memiliki tiga perkara:

l Iqraru bil-qalbi (dinyatakan dalam hatinya/ditetapkan dalam hati).

l Nuthqu bil-lisan (diucapkan dengan lidah).

l Amalan bil-arkan (diamalkan dalam kehidupan seharian).

Orang mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Mereka adalah kelompok manusia yang dijanjikan akan tinggal buat selama-lamanya dalam syurga bernama Firdaus yang penuh dengan kenikmatan.

Dalam al-Quran, Allah menyebutkan tujuh ciri atau kelompok mukmin berjaya atau beruntung yang mana akhirnya dianugerahkan dengan syurga Firdaus.

Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11. Tujuh ciri itu ialah:

l Khusyuk dalam menunaikan solat.

Sesungguhnya solat akan mampu dilaksanakan dengan khusyuk oleh seseorang mukmin, sesuai dengan kemantapan atau keteguhan iman yang dimilikinya.
Pada dasarnya pengertian khusyuk di sini ialah mencakupi bahawa seseorang itu biasa memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solatnya. Mengetahui makna ayat yang dibaca, di samping mengawal bilangan rakaat. Jadi, tidak sekadar mengerti syarat dan rukunnya saja.
Dalam khusyuk itu juga harus ada unsur takut kepada Allah. Demikian mengikut Imam Al-Ghazali. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk menjadi mukmin berjaya dan dapat mewarisi syurga Firdaus.

l Memelihara diri daripada perbuatan tidak berfaedah.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

l Menunaikan zakat.
Sesungguhnya menunaikan zakat adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujudnya paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk zakat. Wajib baginya untuk membayar zakat harta itu.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

l Memelihara kehormatan/kemaluannya.
Orang mukmin yang berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina.
Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan yang halal dengan pasangan sah.

l Melaksanakan amanah.
Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik. Ini kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

l Memenuhi janji.
Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan. Ini kerana janji itu ibarat hutang, lantaran ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri mukmin berjaya.

l Memelihara solat.
Solat dalam pandangan mukmin sejati paling penting. Jadi, solat yang dilakukan mereka sentiasa cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik. Solat pada awal waktu dan sentiasa berwaspada agar dapat solat tidak di luar waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya.

Selasa, 23 Mac 2010

BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.
Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.
Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.
Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?
Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.
Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:
• Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
• Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
• Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.
• Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
• Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
• Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
• Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
• Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
• Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:
i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.
ii. Ketika Lailatulqadar.
iii. Hari Arafah.
iv. Di bulan Ramadhan.
v. Hari dan malam Jummat.
vi. Di antara azan dan iqamah.
vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.
viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.
xi. Ketika mendengar kokokan ayam.
x. Ketika waktu hujan.
xi. Ketika meminum air Zam-Zam.
xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.
xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu
Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan".
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Isnin, 1 Mac 2010

Sambutan Maulidurrasul 2010

Mengapa kita perlu mengadakan sambutan Maulidurrasul
Sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba pada hari Jumaat ini, maka saya bawakan satu artikel tentang Rahsia Keistimewaan Di Sebalik Kelahiran Rasulullah SAW. untuk bacaan anda semua.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini membuatkan kita lebih CINTA kan dan SAYANG kan RASULULLAH SAW. Sesungguhnya RASULULLAH SAW adalah USWATUN HASANAH (Sebaik2 Contoh) kepada kita. Semoga kita semua dapat ikut semua ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Baiklah, mari kita sorot kembali sejarah kelahiran RASULULLAH SAW, HABIBULLAH, Kekasih ALLAH.
Seperti mana kita tahu,Rasulullah SAW lahir sebelum subuh hari isnin 12 rabiulawal tahun Gajah. Allah SWT manjadikan setiap perkara, benda tu mesti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan Agama Islam yang kita anuti sekarang. Tanpa adanya orang Islam yg masih beriman kpd Allah SWT sehingga sekarang, sudah semestinya dunia ini akan musnah.Oleh itu kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, maka hari ini kita masih hidup aman makmur.
Rasulullah SAW dilahirkan hari isnin. Apa maksud isnin? Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT takkan buat sesuka hati bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW lahir, dua sahaja yang betul-betul kenal Tuhan iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW saja yang kenal. Sebab itu Rasulullah dilahirka pada hari Isnin. Walaupun sebelum ini rasul-rasul diutus, tapi akidah sudah rosak semua. Hinggalah akhirnya yang tinggal iaitu Tuhan dan Rasulullah SAW saja. Itu isyarat dari Tuhan. Sebab itu siapa yang nak masuk islam, 2 ini kan wajib sebut, kalau tak maka tak sah lah islamnya, ini simboliknya, ini isyarat dari Allah SWT.
Kemudian dilahirkan pada rabiul awal.apa maksud rabi? Awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Hari Isnin manusia yang menjadi contoh bagi seluruh manusia. Contoh tentang akhlak. Robi itu bunga, akhlal yang agung itu macam bunga. 12 Rabiulawal mengapa? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, jam 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya waktu Rasulullah SAW lahir dunia gelap dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak
Kemudian kalau 12 dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya artinya membawa rahmat dari Allah SWT untuk segaa alam, bukan sahaja manusia termasuk binatang, kayu kayan dan alam semuanya. Sebab itu ajaran Rasulullah SAW bukan sahaja manusia tidak boleh sesuka hati dicatatkan, binatang pun bahkan benda yang tak bernyawa pun macam kayu kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT. Mengapa kamu potong kayu itu? Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT untuk apa. Itulah dikatakan Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda2 yang tak bernyawa mendapat pembelaan dan orang tak boleh berbuat sesuka hati.
Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1, ia menurun balik. Jadi simbolik lagi, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul2 terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik. Semua etnik di bawahnya.
Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12, bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah. Sedangakan bintang ini beribu banyaknya. Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang legkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai akhirat. Ajaran dia paling sempurna dibanding ajaran2 rasul sebelum.
Kemudian, Rasulullah SAW lahir tahun Gajah. Bukan masalah gajah. Gajah itu untuk perhatian. Sebab Rasulullah SAW lahir pada tahun gajah, 1 tarikan. Mengapa Rasulullah SAW tu sejarahnya pada tahun gajah. Di sebalik gajah ada cerita yang orang tak faham.
Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya nak runtuhakan ka’abah, sebab mereka sakit hati orang berkiblat ke ka’abah. Abrahah bawa tentera yang naik gajah. Orang arab jarang lihat gajah, maka gemparlah. Kita yang baru mendengar tahun gajah, kita terkejut, apa kena mengena dengan gajah. Banyak orang tak perasan bahawa Allah nak tunjukkan sesuatu. Niat Abrahah nak runtuhkan kaabah,disamping tu segala kambing di mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib.
Bila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib. Dia jumpa Abrahah, dia cakap, serah balik kambing saya, itu harta saya. Kaabah itu bukan saya punya, Allah SWT yang punya, terpulang pada awak.
Di sini terbuka rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi disebalik cerita gajah ini, Allah SWT nak beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.
Itulah antara simbolik2 yang terjadinya pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 rabiulawal, sebelum subuh tahun gajah.
Sekian, semoga info ini diedarkan kepada seramai orang yang boleh, sebagai penambah pengetahuan kita semua.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada hari Isnin (26 Feb 2010) ini, maka saya ingin mengajak semua pembaca blog ini agar kita sama-sama memperbanyakkan SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW.
Semoga bacaan SELAWAT atas NABI yang kita baca itu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam.”(Al-Ahzab: 56)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Hinanya manusia yg mana disebut namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”(Hr Muslim)