Ahad, 23 Disember 2012

Berusaha menyatukan kefahaman

Assalamualaikum muslim dan muslimah. Oleh kerana Al Imam Asy Syahid Hasan Al Banna begitu mengambil berat dalam menyatukan kefahaman di antara umat Islam dan supaya terhindar dari setiap perkara yg menimbulkan kesukaran dalam memahami lafaz, perselisihan atau perpecahan, kita dapati apabila beliau bercakap tentang nasionalisma, sufi, salafi dan sebagainya, beliau sentiasa mengatakan: "Jika yg dimaksudkan dgn nasionalisma itu begitu dan begini, maka kami bersama dgn nasionalisma. Tetapi jika dimaksudkan dgn makna yg lain dari itu, kami tidak bersamanya sama sekali." Kita tidak pernah mendengar beliau menghentam mana-mana jemaah secara terus tanpa membataskan maksudnya terlebih dahulu. Jadi beliau mengembalikan kita kepada "hakikat sesuatu perkara", maka dgn itu jelaslah makna yg dimaksudkan dan dapat menyempitkan jurang perselisihan. Oleh itu wahai akhi da'i, kami mengharapkan agar saudara sentiasa berusaha mencari hakikat yg berada disebalik nama, supaya saudara tidak mengecam nasionalisma, kebangsaan, sufi dan nama-nama lain yg diperselisihkan oleh manusia tanpa membataskan makna yg saudara kehendaki terlebih dahulu. Kami juga berharap agar saudara menyedari bahawa sesetengah penulis Islam tidak memahami perkara ini dan tidak menyedari kepentingannya, lalu mereka mengecam mana-mana yg seperti tadi tanpa mengetahui adakah para pembaca bersetuju dgn kefahaman mereka terhadap lafaz-lafaz tersebut atau sebaliknya. Di sana ada perkara lain yg ditunjukan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Ta'alim agar dapat membuka jalan kepada amal Islami yg serius. Beliau mendapati mana-mana umat, apabila mereka sibuk dgn amal, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat tersebut ditimpa kelemahan dan kemunduran, semangat mereka akan gugur dan lebih sibuk dgn perdebatan dari amalan. Maka lahirlah di kalangan mereka Ilmu Kalam. Inilah maksud yg terkandung di dalam sabda Rasulullah saw yg bermaksud: "Tidaklah sesat sesuatu kaum selepas berada di atas petunjuk melainkan mereka diberi perdebatan." [At Tirmizi:5/353 No:3253] Kerana itulah kami melihat beliau berkata dalam Usul 20: "Membincangkan masalah yg tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara "memberat-beratkan" yg ditegah oleh syarak. Contohnya, membincangkan cabang-cabang hukum yg belum berlaku, membincangkan penafsiran ayat-ayat Qur'an yg belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan tentang kelebihan di antara para sahabat atau tentang perselisihan pendapat yg tercetus di kalangan mereka, semuanya adalah dilarang kerana para sahabat mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah saw. Mereka diganjari mengikut niat mereka, lebih-lebih lagi masalah takwil adalah dibenarkan." [Majmu'atur Rasail:391] Dengan usul ini, beliau mahu Umat Islam menjauhkan diri dari berdebat dan menunjuk-nunjuk kepada beramal. Begitu juga kita melihat beliau dalam Usul Kesepuluh, selepas berbicara tentang pandangan Ikhwan Muslimin mengenai ayat-ayat sifat, bahawa mereka tidak berpegang kepada "takwil" atau "taktil" kerana bimbang kaedah yg baik ini akan dijadikan oleh sesetengah orang sebagai titik tolak untuk mengecam orang lain atau menyertai mereka dalam perdebatan panjang yg telah pun bermula semenjak lebih seribu tahun yg lampau dan berterusan sampai sekarang. Sebab itulah kita lihat beliau menyebut selepasnya: "Dan kita tidak akan menyentuh tentang perselisihan di kalangan Ulama', cukuplah dengan pengadilan Rasulullah saw dan para sahabat." Firman Allah SWT: "Dan orang-orang yang mendalam pengetahuannya berkata: Kami beriman dengannya, semuanya dari tuhan kami." (Ali Imran:7) Mungkin sebab itulah Imam Asy Syahid dalam usul Kesepuluh menarik perhatian kita bahawa ayat-ayat sifat adalah tergolong dalam perkara kesamaran. Inilah juga pendapat para imam yg terdahulu seperti Ahmad b Hambal, Ibnu Taimiyah, Ibn Al Qayyim, Ibnu Al Jauzi dan lain-lain ulama' salaf. Yang demikian itu adalah supaya perselisihan menjadi kecil dan tidak sampai ke peringkat munuduh kafir atau fasik. Apabila saudara melihat ada orang yg berdebat dengan orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat dan menganggap mereka sesat atau menolak kerjasama dengan mereka, maka ketahuilah bahawa beliau telah melanggar garisan Ikhwan dan garisan salafus soleh yg tidak terlibat sama sekali dengan perdebatan mengenai perkara-perkara tersebut sama ada di zaman Rasulullah saw atau pun generasi tabi'in. Sesungguhnya Ibnu Taimiyah berbeza pendapat dengan ramai ulama' di zamannya tentang ayat-ayat sifat dan seumpamanya, namun mereka semua melupakan perselisihan tersebut bahkan berdiri dalam satu saf ketika menghadapi Tartar yg merupakan musuh mereka semua.

Jumaat, 15 Jun 2012

Gagasan israk dan mikraj

IMAM Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Israk Mikraj Nabi S.A.W dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Israk dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisrak dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisrak dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril.Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Israk memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.Apabila kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku kepada roh dan juga jasad Nabi Muhammad s.a.w ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa Nabi diisrak dan dimikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Bukannya bermimpi pergi ke langit, kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa kerana mimpi bukan isu yang patut dipertikaikan.Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja, maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy cabar Nabi untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menerangkan rupa bentuk masjid Al-Aqsa serta jumlah pintu, tiang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut. Jika hanya dengan bermimpi, tidak mungkin Nabi s.a.w mampu menjawab semua soalan kaum musyrikin yang mengkehendaki Nabi Muhammad menjawab dengan lengkap keadaan rupabentuk masjid Al-Aqsa itu.Pertanyaan kaum musyrikin mengenai keadaan rupabentuk masjid Al- Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap, kerana mereka yakin seratus peratus bahawa Nabi s.a.w tidak pernah menjejakkan kaki ke Baitul Muqaddis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul, maka kaum musyrikin menjadi panik dan kebingungan. Mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w sebelum peristiwa yang menggemparkan itu, sememangnya tidak pernah pergi ke Baitul Muqaddis, tetapi mereka hairan bagaimana Nabi boleh menjawab semua pertanyaan berhubung masjid Al-Aqsa itu.Mereka telah hilang punca, kecuali mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi adalah seorang ahli sihir, bagi mereka hanya ahli sihir sahaja yang boleh berbuat demikian. Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi s.a.w tentang rupabentuk masjid Al-Aqsa, kerana Nabi s.a.w sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril untuk menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai solat, Nabi s.a.w telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman, satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu, Nabi s.a.w mengambil bejana yang mengandungi susu, dan tindakan Nabi memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril kerana menepati fitrah manusia. Sesi minuman itu dalam masa yang singkat, selepas itu Nabi s.a.w naik ke langit bersama Jibril dengan kenderaan Buraq.Tidak terfikir oleh Nabi s.a.w untuk melihat persekitaran masjid Al-Aqsa, jauh sekali hendak mengingat jumlah pintu dan jumlah tiang serta lain-lain perkara yang berhubung masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun Allah SWT tidak membiarkan Nabi dan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukannya. Ketika Nabi Muhammad agak termangu dengan pertanyaan puak musyrikin, Allah SWT datangkan Masjid Al-Aqsa ke hadapan Nabi s.a.w yang sedang berdiri pada HIjir Ismail. Justeru itu Nabi dapat melihat masjid Al-Aqsa dengan jelas, sehingga begitu mudah Nabi menjawab semua pertanyaan puak musyrikin dengan tepat. Kejadian Israk Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w sememangnya suatu peristiwa yang sukar untuk difahami oleh akal dan fikiran manusia secara biasa. Persoalannya bagaimana Nabi naik ke langit dengan kenderaan Buraq yang terdedah kepada persekitaran angkasa lepas, ia boleh membahayakan fizikal manusia biasa. Nabi menempuhnya tanpa sebarang persiapan untuk maksud tersebut, sebaliknya Nabi s.a.w diarah oleh Tuhan secara mendadak untuk misi Israk dan Mikraj ke langit yang ditemani oleh malaikat jibril. Bayangkanlah, ketika manusia mencipta kapal terbang untuk pengangkutan udara, mereka terpaksa mengkaji bertahun-tahun untuk membolehkan manusia berada dalam pesawat udara pada kadar ketinggian tertentu dan masa yang agak lama. Bukan saja keselamatan pesawat tetapi juga keselamatan penumpang menjadi keutamaan.Tetapi Nabi s.a.w ke langit yang tertinggi iaitu ke Sidratul Muntaha dengan tidak ada kawalan fizikal, suatu tempat yang malaikat Jibril pun tidak boleh sampai padanya. Allah SWT izinkan RasulNya Muhammad s.a.w menjejakkan kaki ke tempat yang amat tinggi itu tanpa pakaian keselamatan (menurut istilah sekarang), sekadar pakaian biasa yang ada pada tubuh Nabi ketika itu.Dengan kelajuan seperti kilat menyambar, kenderaan Buraq terdedah kepada persekitaran angkasa lepas yang tidak mampu dilalui oleh manusia biasa. Tetapi Nabi s.a.w selamat pergi dalam peristiwa Israk Mikraj itu, dan selamat pulang setelah meredah angkasa raya hanya dalam masa satu malam sahaja. Nabi s.a.w telah menjejakkan kaki ke bumi Makkah menjelang subuh.Keadaan luar biasa itu sebenarnya adalah mukjizat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, mukjizat itulah yang amat sulit untuk difahami. Peristiwa Israk Mikraj yang amat menakjubkan, mendorong golongan kafir musyrikin Makkah semakin hebat mempersenda Nabi s.a.w setelah gagal untuk menafikan peristiwa tersebut.

Rabu, 20 Julai 2011

Ramadan di antara ibadat, sejarah

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya .Alhamdulilah hari ini saya diberi kesempatan untuk membicarakan tentang ramadhan diantara ibadat dan sejarah .Seminggu lagi seluruh umat islam akan mendapat tetamu ulung,mulia memenuhi segala kemulian penuh dengan fadilat serta kelebihan,dating dengan pakej pelbagai penuh dinamik .

Rakan –rakan sekalian bercakap tentang Ramadan ini,Ramadan bukan saja mempunyai banyak fadilat dan kelebihan, malah sejarah tersendiri. Pada Ramadan al-Quran di turunkan. Itulah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

Tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, Jumaat pagi, berlaku peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya berlaku di antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik.

Pertempuran berlaku di sebuah lembah dekat kota Madinah, iaitu di Badar. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1,000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda.

Ini bererti seorang Muslim harus menghadapi tiga lawan. Pertempuran dimenangi oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.

Tanggal 18 Ramadan tahun kelapan hijrah, Rasulullah bersama 12,000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah.

Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan “Futuh Makkah”. Pembukaan kota Makkah menandakan satu era baru dalam Islam, selepas kaum Muslimin selalu diseksa dan ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah.

Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya:“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu selepas tahun ini, lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita selepas hari ini dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, insya-Allah.”

Pada Ramadan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad, membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan “Futuh Andalusia”. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam ketika itu.

Sewaktu pasukan Islam sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian beliau berpidato di depan pasukannya: “Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan di belakang kalian...”

Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum Muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada Ramadan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin.

Sejarah mencatat bahawa pada kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia pada zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang Eropah zaman sekarang hanyalah berpanjangan teknologi umat Islam masa silam.

Futuh bilaad Al-Ghaal (dibukanya daerah Ghaal) atau dalam bahasa Perancis, “pays des Gualles”. Jatuhnya daerah Ghaal yang sekarang letaknya di Perancis juga berlaku pada Ramadan. Peristiwa ini berlaku pada zaman Islam di Andalusia.

Alhamdulilah,Assalamualaikum..

Jumaat, 16 Julai 2010

Kesalahan berkaitan sembahyang

Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah. Jika solat seseorang baik maka baik pula seluruh amalnya. Demikian pun sebalik-nya. Tetapi ironinya, banyak umat Islam yang melalaikan urusan solat. Berikut ini yang sering dilalaikan sebagian umat Islam dalam hal solat.
1. Meninggalkan solat sama sekali. Ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Qur'an, As-Sunnah dan ijma'. Allah berfirman, artinya: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab, '(Karena) kami dulu tidak termasuk orang-orang yang mendirikan shalat'." (Al-Muddatstsir: 4).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad dan lainnya, shahih).
Adapun dalil dari ijma' adalah ucapan Abdullah bin Syaqiq : "Para sahabat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam tidak berpendapat ada suatu amalan yang jika ditinggalkan menjadikan kufur kecuali masalah solat." (Diriwayatkan At-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad shahih).

2. Mengakhirkan solat. Sebab ia bertentangan dengan firman Allah, artinya: "Sesungguhnya solat itu wajib atas orang-orang beriman pada waktu yang telah ditentukan." (An-Nisa': 103).
Karena itu, mengakhirkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syara' adalah dosa besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Itu adalah solat orang munafik. Ia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari telah berada di antara dua tanduk setan (hendak tenggelam) ia berdiri dan menukik empat rakaat, sedang ia tidak mengingat Allah di dalamnya kecuali sedikit." (HR. Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah. Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syara'. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada shalat baginya, kecuali karena uzur." (HR. Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad kuat). Allah berfirman, artinya: "Dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk." (Al-Baqarah: 43). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang-orang yang tidak solat berjamaah, sehingga aku bakar rumah-rumah mereka." (Muttafaq Alaih). Dan cukuplah bagi mereka yang menginginkan syi'ar Islam dengan memulai lewat gerakan solat berjama'ah.

4. Tidak thuma'ninah dalam solat. Thuma'ninah adalah rukun solat. Solatlat tidak sah jika tidak thuma'ninah. Thuma'ninah artinya, tenang ketika sedang rukuk i'tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang di sini maksudnya, sampai tulang-tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam pergantian dari satu rukun ke rukun lainnya. Demikianlah, sehingga Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada orang yang tergesa-gesa dalam shalatnya dan tidak thuma'ninah bersabda, artinya: "Kembali dan shalatlah, sesungguhnya engkau belum shalat."

5. Tidak khusyu' dan banyak gerakan dalam solat. Allah memuji orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Allah berfirman, artinya: "(iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya." (Al-Mukminun: 2). Karena itu, hendaknya setiap orang yang solat, khusyu' dalam solatnya, sehingga memperoleh pahala yang sempurna.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Ini bolah mengakibatkan batalnya solat atau raka'at. Karena itu, hendaknya makmum mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat daripadanya, baik satu rukun atau lebih. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, karena itu jika ia bertakbir maka bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai ia bertakbir, dan jika ia ruku' maka ruku'lah dan jangan kalian ruku' sampai dia ruku'..." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan raka'at sebelum imam selesai dari salam yang kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat. Hal ini telah diancam oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, artinya: "Hendaklah orang-orang mahu berhenti dari mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (HR. Muslim).
Adapun menoleh yang tidak diperlukan maka hal itu mengurangi kesempurnaan shalat, dan jika sampai lurus ke arah lain maka hal itu membatal-kan shalat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Jauhi-lah dari menoleh dalam shalat, karena sesungguh-nya ia adalah suatu kebinasaan." (HR. At-Tirmizi dan dishahihkannya).

9. Mengenakan pakaian tipis yang tidak menutupi aurat. Hal ini membatalkan solat, karena menutup aurat merupakan syarat sahnya solat.

10. Tidak memakai kerudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita. Aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan (termasuk punggungnya). Ummu Salamah x ditanya tentang pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya ia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menu-tupi kedua telapak kakinya."

11. Lalu di depan orang yang sedang solat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada lalu di depannya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang ruku'. Takbiratul ihram adalah rukun solat karena itu ia wajib dilakukan dan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang ruku'.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid. Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu ia sedang duduk, sujud atau lainnya (tentunya setelah takbiratul ihram, sebagaimana disebutkan). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Jika kamu datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (HR. Abu Daud, shahih).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikannya dari solat. Ini menunjukkan bahwa dia lebih menuruti hawa nafsu daripada menta'ati Allah. Betapa banyak orang yang tetap sibuk dengan pekerjaannya, menonton TV, dan sebagai-nya sementara seruan azan telah berkumandang. Padahal melalaikan solat dan mengingat Allah adalah suatu bencana besar. Allah berfirman, artinya: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan-lah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu dari mengingat Allah, barangsiapa melakukan demiki-an maka mereka itulah orang-orang yang merugi." (Al-Munafiqun: 9).

15. Memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Ini adalah makruh. Ibnu Qayyim berkata, 'Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak mencontohkan solat dengan meme-jamkan mata.' Akan tetapi jika memejamkan mata tersebut diperlukan misalnya, karena di hadapan-nya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyu'annya maka hal itu tidak makruh.

16. Makan atau minum dalam solat. Ini membatalkan solat. Ibnul Mundzir berkata, 'Para ahli ilmu sepakat bahwa orang yang solat dilarang makan dan minum.' Karena itu, bila masih terdapat sisa makanan di mulut, seseorang yang sedang shalat tidak boleh menelannya tetapi hendaknya mengeluarkannya dari mulutnya.

17. Tidak meluruskan dan merapatkan barisan. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Kamu mahu meluruskan barisan-barisan kamu atau Allah akan membuat perselisihan di antara hati-hati kamu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Adapun rapatnya barisan, sebagaimana yang dipraktekkan para sahabat adalah bahu dan telapak kaki seseorang merapat dengan bahu dan telapak kaki kawannya.

18. Imam tergesa-gesa dalam solatnya dan tidak thuma'ninah, sehingga menjadikan makmum juga tergesa-gesa, tidak thuma'ninah dan tidak sempat membaca Fatihah. Setiap imam akan ditanya tentang solatnya, dan thuma'ninah adalah rukun, karena itu ia wajib atas imam karena dia adalah yang diikuti.

19. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening -dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih).

20. Membunyikan ruas jari-jari ketika shalat. Ini adalah makruh. Ibnu Abi Syaibah meriwayat-kan: "Aku so lat di sisi Ibnu Abbas dan aku membunyikan jari-jariku. Setelah selesai shalat, ia berkata, 'Celaka kamu, apakah kamu membunyikan jari-jarimu dalam keadaan solat?"

21. Mempersilakan menjadi imam kepada orang yang tidak pantas menjadi imam. Imam adalah orang yang diikuti, karena itu ia harus faqih (paham dalam urusan agama) dan qari' (pandai membaca Al-Qur'an). Para ulama mene-tapkan, tidak boleh dipersilakan menjadi imam orang yang tidak baik bacaan Al-Qur'annya, atau yang dikenal dengan kemaksi n atannya (fasiq), meskipun demikian, kalau itu terjadi maka shalat makmum tetap sah.

22. Membaca Al-Qur'an secara tidak baik dan benar. Ini adalah kekurangan yang nyata. Karena itu, setiap muslim harus berusaha untuk membaca Al-Qur'an, terutama dalam slatnya dengan baik dan benar. Allah berfirman, artinya: "Dan bacalah Al-Qur'an itu dengan tartil." (Al-Muzzammil: 4).

23. Wanita pergi ke masjid dengan perhiasan dan wangi wangian. Ini adalah bentuk kemungkaran yang nampak nyata baik di bulan Ramadan atau di waktu lainnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Jangan melarang wanita-wanita pergi ke masjid, dan hendaknya mereka keluar dalam keadaan tidak berhias dan memakai wangi wangian." (HR. Ahmad dan Abu Daud, shahih).

Ahad, 30 Mei 2010

Dialog Suami Istri

Rasulullah saw. biasanya menerima pendapat isteri-isteri beliau di saat bermusyawarah dengan mereka. Hal ini tentu saja bukan berarti Rasulullah tunduk pada pendapat seorang wanita. Dalam kisah perjanjian Hudaibiyah kita kenal ada dialog yang sangat penting antara Rasulullah saw. dengan isteri beliau, Ummu Salamah.
Pada saat itu Rasulullaah saw sedang gundah sedih. Pasalnya para sahabat nabi merasa kecewa karena perjanjian Hudaibiyah dengan pihak Quraisy mereka anggap merugikan kaum muslimin. Akibat perjanjian itu Rasulullaah saw dan para sahabatnya tidak jadi berangkat haji, sementara saat musim haji telah tiba. Kekecewaan para sahabat membuat mereka agak lalai menerima perintah Rasulullaah saw untuk menyembelih haiwan qurban. Mereka menjadi enggan melaksanakannya. Tentu saja hal ini membuat Rasulullaah saw gelisah. Maka Ummu Salamah menyampaikan pendapatnya. „Wahai Rasulullaah, mengapa baginda menjadi gundah. Lakukanlah pemyembelihan haiwan qurban baginda sendiri. Kelak pada sahabat akan mengikuti", Kata Ummu Salamah.
Mendapat saranan ini Rasulullaah saw bagaikan menemukan barang yang hilang. Beliau membenarkan pendapat Ummu Salamah dan segera melakukan penyembelihan haiwan qurban seperti yang dicadangkan oleh isteri beliau. Para sahabat pun kemudian mengikuti perbuatan Rasulullaah saw.
Rasulullaah saw sering berpuasa apabila di rumah Aisyah tidak sempat memasak apa-apa. Pernah suatu hari beliau bertanya kepada istrinya, „Wahai Khumairo (merah jambu) masak apakah Dinda hari ini ?" „Tidak ada apa pun ya Rasulullah," kata Aisyah. „Kalau begitu aku akan berpuasa," kata Rasulullah. Kisah dialog ini menjadi dasar bagi dibolehkannya berniat puasa di pagi hari sepanjang belum makan apa-apa sejak terbit fajar.
Demikianlah, hubungan Rasulullaah saw dengan isteri beliau sangat harmonis. Perhatikanlah, bagaimana Rasulullaah saw memanggil isterinya dengan gelaran yang mesra seperti khumairo (si merah jambu). Ini menunjukkan kemesraan Rasulullaah saw terhadap Aisyah. Bahkan sebutan Abu Bakar (yang artinya bapak Perawan) terhadap ayah Aisyah merupakan sebahagian kemesraan Rasulullaah saw kepada keluarga Aisyah.
Walaupun ada beberapa isteri Rasulullaah saw, sejarah mencatat bahwa hanya satu kali saja keluarga Rasulullaah saw bermasalah. Yaitu saat Hafsah membocorkan satu rahasia kepada istri Rasulullaah saw. yang lain (Aisyah) kemudian peristiwa ini diketahui Rasulullaah saw pula, sehingga menimbulkan sedikit masalah dan turunnya ayat.
Peristiwa tersebut telah diselesaikan Allah dan diabadikan dalam Kitabullah surat At-Tahrim ayat 3 dan seterusnya. Kejadian ini tidak membawa dampak apa pun terhadap nabi maupun kaum muslimin di saat itu. Bahkan menjadi gambaran betapa Rasulullaah saw merupakan seorang nabi yang ma’shum hingga diproteksi Allah. Karena bila masalah rumah tangga saja diangkat di dalam kitab suci, bagaimana dalam masalah yang lebih berat ?
Kunci Keharmonisan
Salah satu kunci keharmonian rumah tangga Islam adalah dialog yang intensif dan sehat antara suami dan istri. Dialog ini telah dicontohkan Rasulullaah saw pada banyak kesempatan. Hadits-hadits Rasulullaah saw yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ummu Salamah umumnya berisi dialog tentang pemahaman suatu hukum tertentu dari ajaran Islam.
Pada banyak keluarga muslim sekarang ini, suami istri sering kali kurang berdiaolog atau bermusyawarah di antara keduanya. Di antara mereka ada yang beralasan dengan kesibukan kerja, bisnes dan lain-lain. Bahkan, saking sibuknya, ada yang bertatap muka pun tidak sempat. Jika suami pergi pagi pulang malam, mereka hanya bertemu di malam hari saja. Boleh jadi suami istri telah sangat letih. Akibatnya tentu saja mereka tidak mampu berdialog satu dengan lainnya. Masa berlalu begitu sahaja.
Dialog yang hambar biasanya mengakibatkan hubungan kemesraan menjadi berkurang. Bahkan tidak jarang kemesraan menjadi hilang, timbul ketegangan dan terjadilah perselisihan. Kalau sudah begini, kedua suami istri itu akan mengalami penderitaan. Sangat disayangkan apabila hubungan yang hambar seperti ini terjadi pada keluarga muslim yang dibangun dalam rangka beribadah kepada Allah.
Diperlukan pengertian yang mendalam dari kedua suami istri agar dialog dapat berjalan secara contenui dan menyenangkan. Suami istri hendaknya memiliki kesamaan persepsi tentang betapa pentingnya membangun hubungan harmonis antara keduanya.
Dalam rumah tangga Islam, hubungan harmoni memberi dampak yang sangat banyak, antara lain bahwa hubungan harmoni : 1. membahagiakan kedua pihak. Karena keduanya akan semakin menyadari fungsi dan peranan rumah tangga dalam ibadah kepada Allah. 2. memungkinkan kedua suami isteri mendidik anak secara lebih konsentrasi. Sebab kerukunan kedua orang tua merupakan modal utama bagi pembentukan generasi muslim yang kuat. 3. dapat melahirkan produktiviti keluarga yang sangat menguntungkan. Usaha keluarga yang sukses biasanya hanya tumbuh dari rumah tangga yang harmoni. 4. merupakan syarat utama dalam membentuk keluarga yang berorientasi taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). 5. dapat menjadi pendorong suami isteri dalam meningkatkan peranannya dalam dakwah islam di tengah masyarakat. Karena sesungguhnya kerukunan rumah tangga merupakan satu basic dakwah pada dae`.
Menumbuhkan Iklim Dialog
Suami Isteri Islam sangat memperhatikan keutuhan keluarga dan memberi rangsangan pada kaum muslimin untuk terus menerus meningkatkan hubungan rumah tangga yang harmoni ini. Dalam rangka menekankan betapa pentingnya dialog suami isteri dalam rumah tangga Rasulullaah saw bersabda :
„Wanita itu belahan (teman akrab) dari lelaki." (HR Abu Dawud dan Ahmad)
„Sebaik-baik kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya. Dan aku merupakan orang terbaik di antara kalian terhadap isteri. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tak tahu budi." (HR Abu Asakir)
Islam memberi berbagai jalan dalam rangka membentuk keluarga harmoni, diantaranya menumbuhkan iklim dialogis atau dialog yang mesra antara suami istri.
Berikut ini adalah gambaran bentuk-bentuk dialog yang dapat dilakukan dalam rangka menumbuhkan iklim dialogis dalam rumah tangga Islam.
Dialog Rahsia Keluarga
Yaitu dialog yang hanya dilakukan berdua. Dialog ini hendaknya dilakukan 4 mata, antara suami isteri saja. Termasuk jenis ini adalah :
• Dialog tatkala melakukan hubungan intim. Ungkapan-ungkapan yang mesra pada saat ini disunnahkan untuk meningkatkan kegairahan suami isteri. Bisikan-bisikan mesra merupakan sarana untuk mencapai hubungan yang memuaskan.
• Dialog untuk membahas masalah yang terkait dengan problem rumah tangga, keluarga atau pun anak-anak. Terutama bila merencanakan sesuatu yang terkait dengan kepentingan keluarga. Bila ada hal-hal yang sama sekali tak perlu untuk diketahui orang lain.
• Dialog yang dilakukan di tempat tertentu yang dianggap memiliki suasana lain yang lebih menyenangkan kedua suami istri. Misalnya dialog yang dilakukan pada saat makan, rihlah dan sebagainya.
Dialog jenis ini sangat penting dan dapat mempengaruhi hubungan batin antara kedua suami istri. Karena itu hendaknya dibiasakan dan dihidupkan, kendati harus mengeluarkan sedikit biaya.
Dialog Umum
Yaitu dialog yang melibatkan anggota keluarga yang lain atau orang lain sebagai peserta percakapan. Antara lain :
• Dialog rutin yang merupakan hubungan komunikasi antara kedua pihak suami isteri. Seperti sapaan pagi, siang atau petang hari, perjumpaan di meja makan, ketika saling bersalaman dan sebagainya. Ini dapat disaksikan oleh siapa saja dari anggota keluarga.
• Dialog tatkala membicarakan pendidikan anak-anak, dapat melibatkan anak-anak itu sendiri sesuai dengan keperluan.
• Dialog yang terkait dengan masalah muamalah (hubungan) dengan orang lain. Seperti ketika ada tamu, kedatangan keluarga atau teman, tatkala bersilturrahim dan lain-lain. • Dialog dalam masalah sehari-hari yang dihadapi suami istri yang tidak bersifat rahsia. Dapat diselesaikan dengan melibatkan orang-orang yang terkait dengan permasalahan tersebut.
Dialog Jarak Jauh
Yaitu dialog yang dilakukan dengan menggunakan wasilah (sarana) di kala berjauhan, seperti handpone, surat dan sebagainya. Misalnya :
• Tatkala saling berjauhan, di tengah kesibukan keduanya, isteri di rumah atau suami di tempat kerja, keduanya saling menelipon, menanyakan khabar masing-masing atau khabar anak-anak dan anggota keluarga lain.
• Isteri membuat surat cinta untuk suaminya tatkala suami sedang bepergian dalam rangka tugas. Surat ini diselipkan sedemikian rupa, misalnya di poket seluar, beg violet atau map sehingga dibaca suami setelah tiba di tempat tujuan. Surat seperti ini memberi dorongan semangat kepada suami untuk berkarya.
• Isteri meninggalkan pesan di rumah manakala di saat suami pulang isteri terpaksa tidak ada di rumah. Sebaliknya, suami menitip surat pesan untuk isteri dengan kata-kata yang mesra. • Dan lain-lain.
Bahasa yang digunakan dalam berbagai dialog ini hendaknya bahasa yang sopan dan santun. Suami hendaknya menyampaikan maksud hatinya dengan penuh kasih sayang. Sedangkan istri pun menyambut dengan penuh penghargaan dan gairah cinta sehingga terjalin hubungan percintaan suami isteri sepanjang masa ke akhir hayat.

Isnin, 17 Mei 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya kepada sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu. Oleh itu rakan-rakan marilah sama-sama memuhasabahkan diri masing-masing walau dimana dan siapa kita.Agar jangan mudah terpesona dengan cabaran dan dugaan semasa di dunia yang melalaikan ini. Subhanallah..